Home >> Loss of Use Claim
Loss of Use Claim
Pernah anda dengar orang kata nak Claim LOSS OF USE???
Apa tu LOSS OF USE bagi Insurans???
Pampasan Harian yang dibayar oleh Pihak Insurans mengikut berapa lama kenderaaan anda dekat bengkel kereta disebabkan Insurans Claim
Tak faham lagi?? Takpa, biar kami terangkan lebih lanjut dengan contoh berikut:
Kalau kemalangan jalan raya terjadi, orang terlanggar kita, kita boleh claim insurans dia. Tapi, rugi juga kita tak ada kereta boleh guna, masa tertinggal kereta kat bengkel untuk buat repair. Mungkin, kita terpaksa sewa kereta ataupun pinjam dengan kawan-kawan.
❗ Oleh itu, kita berhak untuk claim LOSS OF USE ini dekat syarikat insurans pihak ketiga tersebut..
Contoh, kalau kenderaan kita ambil masa 10 hari untuk diperbaiki di bengkel (selepas pihak bengkel submit claim kepada pihak insurans). Pihak Insurans boleh bayar anggaran RM500 (RM50 setiap hari x 10 hari)
[Harga bayaran harian itu akan ditentukan oleh pihak insurans bergantung kepada factor-faktor seperti model kenderaan]
Yang contoh atas tu, kita dilanggar oleh pihak ketiga, kita boleh claim ke atas insurans dia sebab dia yang bersalah. Kalau sebaliknya, kita yang bersalah dalam accident tu, boleh lagi claim LOSS OF USE?
💁JAWAPANNYA:
TAK BOLEH. Selainkan, anda ada tambah Add On Insurans CART (Compensation for Assessed Repair Time) masa beli sekali Insurans 1st party, anda baru layak untuk claim loss of use ini.
Biasanya, Add On ini jarang diambil oleh customer. Kalau anda berminat tahu maklumat lanjut, boleh hubungi kami:
📱Whatapps:
012-4089393 GET FREE QUOTE